Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 16, 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Bank.

Asalamualaikum,

Hari ni Syma nak share few things yang kita perlu tahu sebelum kita apply Personal Loan, Hire Purchase, Credit Card Application or Home Loan. Sebab sebelum kita kecewa kenapa permohonan pinjaman kita tak diluluskan elok kita tahu situasi kita sendiri sama ada layak atau tidak.

1. Basic salary/ Gaji Pokok.

Setiap bank menetapkan kadar gaji minima yang berbeza seperti contoh :-
(Untuk Swasta)

Maybank - RM2,500
Bank Rakyat - RM2,000
Aeon Credit - RM800/RM1,000
CIMB - RM800/RM2,500
Hong Leong Bank - RM2,000
RHB - RM1500

2. Komitmen kita setiap bulan/ atau nilai Debt Service Ration (DSR).

Okay yang ni pun ramai yang tak tahu or tak ambik tahu pengiraan DSR ni boleh KLIK SINI
DSR ni sebenarnya jumlah tanggungan kita setiap bulan di bank berapa peratus dari gaji bersih kita yang kita guna untuk bayar hutang pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman ASB, Kad Kredit dan Pinjaman Kenderaan.

Setiap bank juga menetapkan peratusan kadar DSR minima yang berbeza-beza, Sebagai contoh :-

Bank Rakyat - 60%
Hong Leong Bank - 60%
Bank Islam - 40%
UOB Bank - 40%
Aeon Credit - 60%

Semakin rendah kadar peratus DSR minima bank itu semakin sukar untuk loan diluluskan sebab peratus yang dibenarkan tu adalah termasuk monthly yang bakal kita bayar sekiranya loan diluluskan.

3. Laporan Kredit atau CCRIS Report.

Yang ni Syma yakin ramai yang dah aware Syma tak nak cerita panjang cuma yang Syma nak share
tempoh CCRIS atau tempoh laporan sama ada bank akan check laporan CCRIS untuk 1 tahun atau 6 Bulan.

AEON Credit - 6 Bulan
Hong leong Bank - 6 Bulan
Ambank - 6 Bulan
RHB - 6 Bulan
OCBC - 6 Bulan
Affin Bank - 6 Bulan
Bank Rakyat - 1 Tahun
CIMB - 1 Tahun
Maybank  - 1 Tahun
City Bank - 1 Tahun

So kalau dah tahu diri sendiri tu ada overdue payment 2-3 bulan dalam tempoh tu janganlah ngada-ngada apply confirm kena reject. bila dah kena reject nak kena tunggu 6 bulan untuk apply balik kat bank yang sama tau. dan kalau banyak bank reject akan keluar kat laporan CCRIS kan dah tambah tak cantik..

4. CTOS, Gaji bayar Cash atau Masuk Bank, Pay Slip, EPF, Contract Staff atau permanent.

Yang ni pun kena aware juga tau, yang ada pay slip, ada potongan KWSP, gaji masuk bank, CTOS bersih memang tak perlu risau sebab berkemungkinan loan akan approved tapi kalau yang takde tu kena berusaha untuk tanya pihak bank dulu sebelum memohon ya.. kalau tak buat rekod CCRIS buruk je.

5. Tiada rekod CCRIS atau erti kata lain tak pernah berhutang dengan bank.

kalau ada rekod buruk susah nak lulus pinjaman yang takde record langsung pun lagi la susah sebab bank tak dapat nak agak tabiat anda membayar hutang. so kalau yang rekod bersih sangat ni boleh cuba Aeon Credit dan tak perlu risau AEOn ni taklah teruk macam orang kata KALAU anda reti bayar hutang ON TIME dan SEMUA BANK pun macam tu.

Buat masa ni ini je yang Syma boleh share InshaAllah kalau ada info yang lain Syma akan share lagi.

6. Personal loan ada 4 akaun, yang ni susah sikit sebab ada bank bila dia tengok kita ada personal loan 4 atau lebih dia akan reject dan sekiranya kita baru je apply loan kita kena tunggu 6 bulan untuk apply loan baru.






Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers