Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 28, 2013

Senarai Dewan untuk Perkahwinan Wedding Venue



Asalammualaikum,
Alhamdulillah masih diizinkan untuk update blog, so kat sini Syma just nak share dengan B2B yang tengah cari-cari venue eksklusif for your reception. For more details boleh la call contact number kat situ ea.. Yang ni part 1 nanti kita sambung kat part 2 ya.. InshaAllah.
Dewan


(Banquet MBSA)

Dewan Banquet MBSA.

Contact :03 - 5510 5133 Ext 554  
  • Kadar Sewa : RM5000 (Siang) , RM5300 (Malam)
  • Cagaran : RM1000
  • Parking : tidak termasuk dalam kadar sewa.
  • Kalau nak dewan ni kena book awal tau at least 6 atau 7 bulan sebelum majlis.

(Dewan PKPS)

 

Dewan Orkid PKPS Shah Alam

Contact : 03-5519 2621 / 019 224 3105 (Encik Zaihan)

  • Pakej bermula RM50 per pax
  • Catering, hall deco, pelamin, & PA system termasuk dalam pakej.
  • Baju pengantin, door gift tidak termasuk dalam pakej.
  • Parking : weekend parking free
  • untuk lebih lanjut boleh call no kat atas ea.


(Laman Kayangan)

Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam

Contact : 03 - 5542 4200 (http://www.lamankayangan.com)

  •  Pakej bermula RM55 per pax.
  •  Parking : Free
  •  termasuk homestay semi D, bridal car & door gift.
  •  ini bukan dewan tapi marquee tent ala english wedding gitu.

(The Club Bukit Utama)


 

The Club Bukit Utama

Contact : 03 - 7725 5199

  • Kadar Sewa RM6000 + 6% = RM6360
  • Catering bawa sendiri.
  • Tiada pakej.
  • dewan dia cantik and parking pun free
(Pusat Komuniti Bukit Damansara)



Pusat Komuniti Bukit Damansara

Contact : 03 - 2095 4652

  • Kadar Sewa : RM1600 termasuk deposit dan karpet
  • cantik dan murah tapi dah full sampai bulan 10, 2014
  • parking free
( Dewan Besar Tabung Haji KL)
 

Dewan Besar Tabung Haji KL

Contact : 03 - 2161 0439

  • Kadar Sewa Dewan sahaja : RM4800
  • Pakej buffet per pax : RM22
  • Deposit RM3000
  • untuk keterangan lebih lanjut boleh call no kat atas
  • ada few pakej.
(Dewan Puspanita Dr Siti Hasmah KL)
 

Dewan Puspanita KL

Contact : 03 - 2142 1322

  • Kadar Sewa 4 jam : RM12000
  • Tapi kadar sewa dewan ni untuk sekarang je start november ni diaorang akan ada pakage.
  • So sape nak book better cepat sebab tak kisah bila wedding date tapi if book before harga pakage keluar pihak dewan still ikut harga sewa dewan bukan ikut pakage.
(Dewan Prima LJT Taman Melawati)

Dewan Prima LJT Taman Melawati KL

Contact : 03 - 4149 4440 / 016 - 244 1187

  • Pakej bermula RM36, RM38 dan seterusnya boleh call no kat atas ea
  • Parking Syma tak sure either free atau kena bayar.
  • Pelamin disediakan upgrade boleh tapi tak boleh pakai vendor lain.


(Dewan Merak Kayangan Wisma Felda)

Dewan Merak Kayangan KL

Contact : 03 - 2698 8302

  • pakej price buffet siang start RM35
  • pakej malam dome RM60 start price

P/S : To be continue......

Wednesday, March 13, 2013

Cara Solat Sunat Sesudah Nikah & Sujud Syukur

Okay semalam Syma dah buat aturcara pernikahan hari ni syma nak share cara untuk solat sunat sesudah pernikahan. lakukan solat sunat sesudah pernikahan seperti solat- solat sunat yang lain.


Niat Solat Sunat Sesudah Nikah

"Usolli sunnata ba'dan nikahi rak'ataini imamam/ makmuman lillahi ta'ala" 
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.
 
Rakaat pertama  : Membaca surah Al - Fatihah & surah Al - Kafirun
Rakaat kedua     :  Membaca surah Al - Fatihah & surah Al - Ikhlas
Beri salam dan berdoa.

Contoh doa selepas solat sunat
“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

(Selepas pasangan pengantin menunaikan solat sunat sambung la pula dengan sujud syukur ini kerana sujud syukur tidak boleh dibuat ketika solat)

Cara Sujud Syukur

Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam. sujud syukur tak boleh dibuat dalam solat dan sebaiknya tidaklah di buat ketika waktu yang tidak boleh menunaikai solat sunat seperti selepas subuh dan asar.

  • Berdiri terus bertakbir, dengan niat 'Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Ta'ala'
  • Terus sujud sekali dan membaca bacaan seperti bacaan sujud ketika sembahyang
  • Mengucapkan syukur di dalam hati 'Aku bersyukur kerana dikurniakan suami/ isteri'
  • Terus duduk dan memberi salam.
Setelah selesai suami memegang ubun-ubun isteri atau bahagian depan isteri dan mengucapkan

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud)."
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers