Tuesday, November 4, 2014

50 Hari Lagi

Alhamdulillah setakat ni persiapan perkahwinan kami sudah siap 50%.. Dari pengiraan kos majlis kedua belah pihak, isi borang nikah, book pelamin dan cari kain untuk family and bridesmaid kami buat sama-sama...

Ada part kami gaduh sebab citarasa tak sama, even pilih kad kahwin pun sempat bergaduh dalam senyap. haha Angin monsun agak kerap menyerang dan Incik Tunang pun agak demand kadang-kadang (ops sorry sayang, saya sentiasa sayang awak tau!). Okay kat bawah ni Senarai Vendor untuk Kedua-dua belah Majlis.
Allahumma Yassir Wala Tu'assir Robbi Tammim Bil Khoir..
Semoga segala urusan kami Allah permudahkan, dimurahkan rezeki kami dan keluarga kami dan diberi jalan keluar pada setiap masalah Amiiinnn.

Majlis Resepsi Pernikahan

Tempat : Rumah Pengantin Perempuan/ Masjid
Masa : 11.30 Pagi
Katering : Mayah Catering 
Kanopi : Abang Yan
Desert Table & Candy Buffet : Syiera Kedai Cik Enoy

Baju Nikah Bride : Lyn Shaera Attire 
Fabric : Jakel & Gulatis
Persalinan Selepas Nikah Bride : Emma Wardrobe Fashion - Belum hantar dan jumpa vivien lagi
MUA : Make Up By Bee Ramza
Baju Nikah Groom : Rins Suzana Kuala Lumpur
Family Kain Ela : Jakel
Mama & Abah : Jakel & Gulatis 
Bridesmaid kain Ela : Fitrah Shoppe (Instagram)

Official Photographer and Cinematographer : BONK Production
Rental Item For Jet set, curtains & spotlight : Project by MUNA 
Rental Item For Dulang, Vase, carpet : Something Borrowed by Nawal
Kerusi Pelamin : By My Lovely Aunty Siti Aznirah.. (TQ Mak Lus)
Invitation Card for Nikah, Thank You Tag, Button Badge, Tunjuk Arah : Ninja Home Printing

Majlis Resepsi Persandingan. (Groom Side)

Tempat & Catering  : Dewan Perkasa, Wisma Perwira MINDEF
Masa : 12.00p.m - 5.00p.m

Baju Nikah Bride : Lynda Rahim Kuala Lumpur
MUA : Syedewa Makeup Artist
Baju Nikah Groom : Uniform TLDM

Official Photographer and Cinematographer : BONK Production
Invitation Card : My One Card Marketing
Invitation Card VIP : Kadlawo



Wednesday, July 16, 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Bank.

Asalamualaikum,

Hari ni Syma nak share few things yang kita perlu tahu sebelum kita apply Personal Loan, Hire Purchase, Credit Card Application or Home Loan. Sebab sebelum kita kecewa kenapa permohonan pinjaman kita tak diluluskan elok kita tahu situasi kita sendiri sama ada layak atau tidak.

1. Basic salary/ Gaji Pokok.

Setiap bank menetapkan kadar gaji minima yang berbeza seperti contoh :-
(Untuk Swasta)

Maybank - RM2,500
Bank Rakyat - RM2,000
Aeon Credit - RM800/RM1,000
CIMB - RM800/RM2,500
Hong Leong Bank - RM2,000
RHB - RM1500

2. Komitmen kita setiap bulan/ atau nilai Debt Service Ration (DSR).

Okay yang ni pun ramai yang tak tahu or tak ambik tahu pengiraan DSR ni boleh KLIK SINI
DSR ni sebenarnya jumlah tanggungan kita setiap bulan di bank berapa peratus dari gaji bersih kita yang kita guna untuk bayar hutang pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman ASB, Kad Kredit dan Pinjaman Kenderaan.

Setiap bank juga menetapkan peratusan kadar DSR minima yang berbeza-beza, Sebagai contoh :-

Bank Rakyat - 60%
Hong Leong Bank - 60%
Bank Islam - 40%
UOB Bank - 40%
Aeon Credit - 60%

Semakin rendah kadar peratus DSR minima bank itu semakin sukar untuk loan diluluskan sebab peratus yang dibenarkan tu adalah termasuk monthly yang bakal kita bayar sekiranya loan diluluskan.

3. Laporan Kredit atau CCRIS Report.

Yang ni Syma yakin ramai yang dah aware Syma tak nak cerita panjang cuma yang Syma nak share
tempoh CCRIS atau tempoh laporan sama ada bank akan check laporan CCRIS untuk 1 tahun atau 6 Bulan.

AEON Credit - 6 Bulan
Hong leong Bank - 6 Bulan
Ambank - 6 Bulan
RHB - 6 Bulan
OCBC - 6 Bulan
Affin Bank - 6 Bulan
Bank Rakyat - 1 Tahun
CIMB - 1 Tahun
Maybank  - 1 Tahun
City Bank - 1 Tahun

So kalau dah tahu diri sendiri tu ada overdue payment 2-3 bulan dalam tempoh tu janganlah ngada-ngada apply confirm kena reject. bila dah kena reject nak kena tunggu 6 bulan untuk apply balik kat bank yang sama tau. dan kalau banyak bank reject akan keluar kat laporan CCRIS kan dah tambah tak cantik..

4. CTOS, Gaji bayar Cash atau Masuk Bank, Pay Slip, EPF, Contract Staff atau permanent.

Yang ni pun kena aware juga tau, yang ada pay slip, ada potongan KWSP, gaji masuk bank, CTOS bersih memang tak perlu risau sebab berkemungkinan loan akan approved tapi kalau yang takde tu kena berusaha untuk tanya pihak bank dulu sebelum memohon ya.. kalau tak buat rekod CCRIS buruk je.

5. Tiada rekod CCRIS atau erti kata lain tak pernah berhutang dengan bank.

kalau ada rekod buruk susah nak lulus pinjaman yang takde record langsung pun lagi la susah sebab bank tak dapat nak agak tabiat anda membayar hutang. so kalau yang rekod bersih sangat ni boleh cuba Aeon Credit dan tak perlu risau AEOn ni taklah teruk macam orang kata KALAU anda reti bayar hutang ON TIME dan SEMUA BANK pun macam tu.

Buat masa ni ini je yang Syma boleh share InshaAllah kalau ada info yang lain Syma akan share lagi.

6. Personal loan ada 4 akaun, yang ni susah sikit sebab ada bank bila dia tengok kita ada personal loan 4 atau lebih dia akan reject dan sekiranya kita baru je apply loan kita kena tunggu 6 bulan untuk apply loan baru.






Monday, May 5, 2014

Terminate Loan ASB by Easy RHB

Asalamualaikum,
Entri ni kahs untuk ASB LOAN BY EASY RHB shaja, so yang lain bank tu syma tak pasti.
Mesti ada yang pernah apply loan ASB tanpa ambil tahu yang sebenarnya kebanyakkan bank
(tak semua bank)  yang LOAN ASB tu diambil kira sebagai komitmen dan salah satu sebab pinjaman baru tak diluluskan atas sebab nilai DSR dah melebihi 50% dan ke atas. Ada juga yang apply sampai 100k - 200k tapi tak pandai nak manage duit dan selalu buat bayaran lambat kan.. in the end bila nak apply loan CCRIS dah tak cantik.. Tapi bagi siapa yang pandai menguruskan kewangan ni ASB Loan adalah sangat baik sebab dia mengajar kita menabung..

Yang ni Kes Syma Sendiri

100k ASB Loan by Maybank    RM566 untuk 25 Tahun
100k ASB Loan by Easy RHB  RM622 untuk 25 Tahun
20k ASB Loan by Easy RHB    RM125 untuk 25 Tahun
Jumlah bayaran keseluruhan untuk ASB Loan Sahaja setiap bulan = RM1313
campur dengan komitmen lain agak rasa berat so bawah ni syma share cara nak terminate loan asb by Easy Rhb. Orang akan keep tanya kenapa nak terminate kan tapi pada yang terasa agak sesak nak membayar and susah nak buat loan rumah je yang faham..

Terminate Loan ASB By Easy RHB or RHB
  1. Pergi RHB Bank (yang BIRU)
  2. Jumpa pegawai bank dan maklumkan nak terminate loan asb
  3. Isi Borang Surrender.
  4. Pegawai bank akan bagi estimated fee yang kita kena bayar kalau less then 2 years
  • macam kes Syma 100k kurang dari 2 tahun kena bayar fee RM264
  • yang loan 20k + 5k syma tak perlu bayar apa-apa tapi RHB masukkan balik RM280 duit ni yang Syma buat untuk bayar pay off.
  • baru ni syma update buku ada pelarasan RM1800 dan Dividen January-feb. total almost 5K
  1. Tunggu dalam masa 14 hari baru kita tahu berapa amount yang kita kena bayar atau jumlah yang kita dapat.
  2. Kalau ada pay off amount kita kena bayar cepat baru lah maklumat account tu dikeluarkan dari CCRIS.
  3. Kalau ada untung duit akan masuk dalam akaun asb. Just update buku je.
  4. 3% tu dah tak diguna pakai ya (dari pengalaman saya)
  5. kalau dah bayar pay off akan ambil masa sebulan untuk report CCRIS diupdate.

Thursday, April 17, 2014

Semuanya Tentang CCRIS

Asalamualaikum..

Terlebih dulu syma nak bagitahu apa yang Syma share ni adalah dari apa yang Syma baca dan pernah lalui. Sekarang Syma jelaskan pada siapa yang masih tak faham tentang report CCRIS.

CCRIS

CCRIS atau nama panjang dia Central Credit Reference Information System 
(Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) dikendali oleh Bank Negara. Pada siapa yang ada plan nak beli rumah atau buat pinjaman dengan bank seeloknya pergilah Bank Negara dan print CCRIS Report ni.. Sebab once kita apply loan tak kisah la Loan Rumah , Loan Kereta, ASB loan sekalipun no 1 bank akan rujuk adalah CCRIS. Jadi pada sesipa yang langsung tak ada rekod hutang ni peratus untuk loan lulus adalah 10% sahaje. Sebab bank tak dapat nak agak macam mana tabiat kamu bila membayar hutang.. Cubalah mohon dari institusi kewangan lain seperti AEON Credit sebab syarat AEON lebih longgar bagi peminjam yang tidak mempunyai rekod ni. Tapi diingatkan AEON interest agak tinggi tapi if compare Personal loan Aeon dengan CIMB interest CIMB lebih tinggi. jadi rajin-rajinlah ke laman web Imoney atau Ringgitplus untuk buat comparison.
Ini contoh CCRIS Report yang baik dan record bersih
(Sumber gambar dari GOOGLE)
Maksud payment cantik tu adalah bila due date dia 15 haribulan kamu bayar pada 1-14 hb kalau bayar pada 16-31hb tu dah kira ada 1 bulan tunggakkan dan akan keluar dekat CCRIS report dan kalaupun kita bayar ikut date TAPI kurang, tetap akan kira sebagai TUNGAKKAN contohnya monthly payment RM250 tapi kamu bayar RM240 so disebabkan kurangnya RM10 tu kamu dah buat report CCRIS kamu tak cantik.. if everymonth macam tu lagi la tak cantikkan lagi tak cantik kalau 25 bulan maintain bayar RM240 10x25=RM250 sedar tak sedar dah ada 2 bulan tunggakan kan.. Laporan CCRIS adalah menunjukkan laporan tabiat kita membayar hutang!

Tapi kalau Setakat ada angka 1 sebanyak 2 atau 3 kali tu bank tetap pertimbangkan ye la mana tahu gaji kamu keluar 25hb tapi due date loan 15hb kan.. Pihak bank tetap akan pertimbangkan  contoh boleh rujuk bawah :-

1 2 1 1 0 1 = Jangan try apply loan bank memang sangat susah nak approve
1 1 2 3 2 1 = Tak akan approve
0 0 1 0 1 0 = Still okey
0 0 1 1 0 0 = Paras2 idung

0 0 1 1 1 0 = Pasti CCRIS
0 0 0 0 0 0 = Excellence

 
Ini contoh CCRIS yang buruk dan memang sangat susah untuk Loan diluluskan
(sumber gambar dari GOOGLE)


Ini pula contoh CCRIS yang dalam tempoh pemulihan dan memerlukan lagi 6 bulan untuk record bersih tapi masih boleh try apply loan di AEON, Easy RHB, hong leong bank dan few banks yang check CCRIS for 6 months.
(sumber gambar dari GOOGLE)

 Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu tentang CCRIS

  1. Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah
  • Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
  • Hutang kad kredit.
  • Menjadi penjamin.
  • Semua permohonan pinjaman sama ada lulus atau tidak.
  • Boleh disemak setiap 3 bulan.
    2. Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.
  • Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
   BNMLINK
   Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
   Tingkat Bawah, Blok D
   Bank Negara Malaysia
   Jalan Dato’ Onn
   50480 Kuala Lumpur


  • Just masukkan saja MyKad, dan terus cetak. Sekejap sangat siap, dalam 1@2 minit saja.
  • Dan ianya PERCUMA! 
BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum,
9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).
  •  Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.

Tips Bila Laporan CCRIS Tidak baik.

  1. Mula bayar pinjaman sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Sebagai contoh jika due date adalah 10hb bayar sebelum 10hb.
  2. Buat bayaran penuh akaun yang bermasaalah jika mampu dan untuk ASB terminate sahaja. Selepas menjelaskan bayaran penuh, sila update dengan bank yang berkenaan untuk di kemas kini.
  3. Walaupun pembayaran penuh sudah dijelaskan pihak bank hanya akan update setiap 10 haribulan dan CCRIS akan diupdate pada setiap 15 haribulan. Sebagai contoh jika pinjaman penuh dibuat pada 08.02.2014. Pada 15.03.2014 Laporan CCRIS akan dikemas kini dan rekod akaun itu akan dikeluarkan dari Laporan CCRIS. jika anda semak laporan pada 28.02.2014 atau sebelum 15.03.2014 akaun yang telah dijelaskan itu tetap ada dalam laporan.
  4. DIINGATKAN walaupun anda telah jelaskan segala tunggakan rekod masih sama yang anda perlu lakukan adalah teruskan membayar sebelum due date sehingga 12 bulan atau 6 bulan.

Tips LULUS pinjaman.

  1. Submit loan selepas 16hb sebab CCRIS dah UPDATE. Kalau masih tak update rujuk dengan bank yang anda buat pinjaman tu dan tunggu 16hb yang akan datang.
  2. Check DSR anda sebab kalau payment cantik tapi komitmen tinggi pun susah juga untuk loan diluluskan. nak check DSR boleh guna calculator bank islam ni sebaiknya bawah 50% baru senang nak lulus. Loan ASB pun dikira sebagai komitment ya.
  3. Pastikan tida rekod buruk dengan CCRIS atau CTOS.
  4. Pada Siapa cadang nak buat pinjaman tu boleh rujuk gambar kat bawah ya.. Sebagai panduan kamu, so bila tahu keadaan CCRIS kamu tak baik usaha untuk buat dia cantik baru apply loan or else gunakanlah alternatif lain.

Okay tu je la yang syma nak kongsi.. Harapannya kamu semua lebih peka dan tak ambil semua ni sambil lewa.. bila berhutang tu wajib bayar tau. Bila loan tak lulus tak perlulah nak menyalahkan orang lain, sebab yang berhutang tu kamu yang tak pandai bayar hutang tu pun kamu jadi janganlah nak menyalahkan pihak-pihak lain. Pada yang jadi penjamin atau bagi pinjam nama pada orang, nasihat Syma satu je... Jangan anggap mudah sebab in future if anything happen yang menanggungnya kita.. Fikir baik-baik ya :)

Thursday, February 13, 2014

Penawar Gastrik

Hai hari ni Syma nak kongsi cara syma atasi sakit gastrik dan Syma bukan gastrik biasa sebab that day jumpa doktor dia cakap syma alami gastroesophageal reflux disease (GERD).  Selama sebulan Syma agak menderita dengan GERD ni nak tidur tak boleh sebab macam something stuck kat kerongkong rasa nak sendawa je dada pun sakit lepastu perut pedih sangat-sangat even lepas makan. Ubat Gastric makan sampai habis pun kejap je eloknya after half and hour jadi balik. Sampai la satu hari Syma cuba Pati delima Gulsan dengan Madu al Shifa. Alhamdulillah bukan je gastric Syma okay tapi Haid pun jadi teratur tau.. Syukur Alhamdulillah :) So kat bawah ni Syma Share gambar ea :)


Madu brand apa-apa pun tak apa asalkan yang asli.
Pati delima syma prefer Gulsan rasanya sedap dan asli
Cara nak minum dia mudah campurkan 2 sudu madu dan 2 sudu pati delima dalam 1 gelas air sejuk kacau dengan sudu plastic atau kayu. (jangan guna sudu besi sebab khasiat madu akan hilang tau)
sebelum minum kita selawat dan baca bismillah niat nak sembuh lillahi taala. Insyaallah dengan izin Allah gastrik akan sembuh. Untuk permulaan amalkan pagi sekali malam sekali ya.
 
Kalau rasa memang da tak dan nak cari pati delima dengan madu cuba cara ni ambik 2 ulas bawang putih (jangan kopek kulit tau) cucuk kat garfu lepastu bakar sampai masak bila da masak buang kulit yang hitam2 tu terus makan.. amalkan hari-hari tau if batuk pun memang mujarab.
 
Syma beli pati delima dengan madu ni kat kedai arab Berkat Madinah memang murah tau pati delima RM12 je compare tu harga yang dijual online. nah syma bagi alamat.
 
Berkat Madinah (Food Supplier)
Shop No.17_L1, Ampang Putra Residency,
Jalan Ampang Putra 6,
Taman Putra Suliman,
68000 Ampang, SEL.
 
Harapnya Syma dapat la membantu ya.. :) 

Monday, October 28, 2013

Senarai Dewan untuk Perkahwinan Wedding Venue



Asalammualaikum,
Alhamdulillah masih diizinkan untuk update blog, so kat sini Syma just nak share dengan B2B yang tengah cari-cari venue eksklusif for your reception. For more details boleh la call contact number kat situ ea.. Yang ni part 1 nanti kita sambung kat part 2 ya.. InshaAllah.
Dewan


(Banquet MBSA)

Dewan Banquet MBSA.

Contact :03 - 5510 5133 Ext 554  
  • Kadar Sewa : RM5000 (Siang) , RM5300 (Malam)
  • Cagaran : RM1000
  • Parking : tidak termasuk dalam kadar sewa.
  • Kalau nak dewan ni kena book awal tau at least 6 atau 7 bulan sebelum majlis.

(Dewan PKPS)

 

Dewan Orkid PKPS Shah Alam

Contact : 03-5519 2621 / 019 224 3105 (Encik Zaihan)

  • Pakej bermula RM50 per pax
  • Catering, hall deco, pelamin, & PA system termasuk dalam pakej.
  • Baju pengantin, door gift tidak termasuk dalam pakej.
  • Parking : weekend parking free
  • untuk lebih lanjut boleh call no kat atas ea.


(Laman Kayangan)

Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam

Contact : 03 - 5542 4200 (http://www.lamankayangan.com)

  •  Pakej bermula RM55 per pax.
  •  Parking : Free
  •  termasuk homestay semi D, bridal car & door gift.
  •  ini bukan dewan tapi marquee tent ala english wedding gitu.

(The Club Bukit Utama)


 

The Club Bukit Utama

Contact : 03 - 7725 5199

  • Kadar Sewa RM6000 + 6% = RM6360
  • Catering bawa sendiri.
  • Tiada pakej.
  • dewan dia cantik and parking pun free
(Pusat Komuniti Bukit Damansara)



Pusat Komuniti Bukit Damansara

Contact : 03 - 2095 4652

  • Kadar Sewa : RM1600 termasuk deposit dan karpet
  • cantik dan murah tapi dah full sampai bulan 10, 2014
  • parking free
( Dewan Besar Tabung Haji KL)
 

Dewan Besar Tabung Haji KL

Contact : 03 - 2161 0439

  • Kadar Sewa Dewan sahaja : RM4800
  • Pakej buffet per pax : RM22
  • Deposit RM3000
  • untuk keterangan lebih lanjut boleh call no kat atas
  • ada few pakej.
(Dewan Puspanita Dr Siti Hasmah KL)
 

Dewan Puspanita KL

Contact : 03 - 2142 1322

  • Kadar Sewa 4 jam : RM12000
  • Tapi kadar sewa dewan ni untuk sekarang je start november ni diaorang akan ada pakage.
  • So sape nak book better cepat sebab tak kisah bila wedding date tapi if book before harga pakage keluar pihak dewan still ikut harga sewa dewan bukan ikut pakage.
(Dewan Prima LJT Taman Melawati)

Dewan Prima LJT Taman Melawati KL

Contact : 03 - 4149 4440 / 016 - 244 1187

  • Pakej bermula RM36, RM38 dan seterusnya boleh call no kat atas ea
  • Parking Syma tak sure either free atau kena bayar.
  • Pelamin disediakan upgrade boleh tapi tak boleh pakai vendor lain.


(Dewan Merak Kayangan Wisma Felda)

Dewan Merak Kayangan KL

Contact : 03 - 2698 8302

  • pakej price buffet siang start RM35
  • pakej malam dome RM60 start price

P/S : To be continue......

Wednesday, March 13, 2013

Cara Solat Sunat Sesudah Nikah & Sujud Syukur

Okay semalam Syma dah buat aturcara pernikahan hari ni syma nak share cara untuk solat sunat sesudah pernikahan. lakukan solat sunat sesudah pernikahan seperti solat- solat sunat yang lain.


Niat Solat Sunat Sesudah Nikah

"Usolli sunnata ba'dan nikahi rak'ataini imamam/ makmuman lillahi ta'ala" 
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.
 
Rakaat pertama  : Membaca surah Al - Fatihah & surah Al - Kafirun
Rakaat kedua     :  Membaca surah Al - Fatihah & surah Al - Ikhlas
Beri salam dan berdoa.

Contoh doa selepas solat sunat
“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

(Selepas pasangan pengantin menunaikan solat sunat sambung la pula dengan sujud syukur ini kerana sujud syukur tidak boleh dibuat ketika solat)

Cara Sujud Syukur

Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam. sujud syukur tak boleh dibuat dalam solat dan sebaiknya tidaklah di buat ketika waktu yang tidak boleh menunaikai solat sunat seperti selepas subuh dan asar.

  • Berdiri terus bertakbir, dengan niat 'Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Ta'ala'
  • Terus sujud sekali dan membaca bacaan seperti bacaan sujud ketika sembahyang
  • Mengucapkan syukur di dalam hati 'Aku bersyukur kerana dikurniakan suami/ isteri'
  • Terus duduk dan memberi salam.
Setelah selesai suami memegang ubun-ubun isteri atau bahagian depan isteri dan mengucapkan

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud)."