Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 17, 2014

Semuanya Tentang CCRIS

Asalamualaikum..

Terlebih dulu syma nak bagitahu apa yang Syma share ni adalah dari apa yang Syma baca dan pernah lalui. Sekarang Syma jelaskan pada siapa yang masih tak faham tentang report CCRIS.

CCRIS

CCRIS atau nama panjang dia Central Credit Reference Information System 
(Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) dikendali oleh Bank Negara. Pada siapa yang ada plan nak beli rumah atau buat pinjaman dengan bank seeloknya pergilah Bank Negara dan print CCRIS Report ni.. Sebab once kita apply loan tak kisah la Loan Rumah , Loan Kereta, ASB loan sekalipun no 1 bank akan rujuk adalah CCRIS. Jadi pada sesipa yang langsung tak ada rekod hutang ni peratus untuk loan lulus adalah 10% sahaje. Sebab bank tak dapat nak agak macam mana tabiat kamu bila membayar hutang.. Cubalah mohon dari institusi kewangan lain seperti AEON Credit sebab syarat AEON lebih longgar bagi peminjam yang tidak mempunyai rekod ni. Tapi diingatkan AEON interest agak tinggi tapi if compare Personal loan Aeon dengan CIMB interest CIMB lebih tinggi. jadi rajin-rajinlah ke laman web Imoney atau Ringgitplus untuk buat comparison.
Ini contoh CCRIS Report yang baik dan record bersih
(Sumber gambar dari GOOGLE)
Maksud payment cantik tu adalah bila due date dia 15 haribulan kamu bayar pada 1-14 hb kalau bayar pada 16-31hb tu dah kira ada 1 bulan tunggakkan dan akan keluar dekat CCRIS report dan kalaupun kita bayar ikut date TAPI kurang, tetap akan kira sebagai TUNGAKKAN contohnya monthly payment RM250 tapi kamu bayar RM240 so disebabkan kurangnya RM10 tu kamu dah buat report CCRIS kamu tak cantik.. if everymonth macam tu lagi la tak cantikkan lagi tak cantik kalau 25 bulan maintain bayar RM240 10x25=RM250 sedar tak sedar dah ada 2 bulan tunggakan kan.. Laporan CCRIS adalah menunjukkan laporan tabiat kita membayar hutang!

Tapi kalau Setakat ada angka 1 sebanyak 2 atau 3 kali tu bank tetap pertimbangkan ye la mana tahu gaji kamu keluar 25hb tapi due date loan 15hb kan.. Pihak bank tetap akan pertimbangkan  contoh boleh rujuk bawah :-

1 2 1 1 0 1 = Jangan try apply loan bank memang sangat susah nak approve
1 1 2 3 2 1 = Tak akan approve
0 0 1 0 1 0 = Still okey
0 0 1 1 0 0 = Paras2 idung

0 0 1 1 1 0 = Pasti CCRIS
0 0 0 0 0 0 = Excellence

 
Ini contoh CCRIS yang buruk dan memang sangat susah untuk Loan diluluskan
(sumber gambar dari GOOGLE)


Ini pula contoh CCRIS yang dalam tempoh pemulihan dan memerlukan lagi 6 bulan untuk record bersih tapi masih boleh try apply loan di AEON, Easy RHB, hong leong bank dan few banks yang check CCRIS for 6 months.
(sumber gambar dari GOOGLE)

 Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu tentang CCRIS

  1. Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah
  • Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
  • Hutang kad kredit.
  • Menjadi penjamin.
  • Semua permohonan pinjaman sama ada lulus atau tidak.
  • Boleh disemak setiap 3 bulan.
    2. Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.
  • Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
   BNMLINK
   Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
   Tingkat Bawah, Blok D
   Bank Negara Malaysia
   Jalan Dato’ Onn
   50480 Kuala Lumpur


  • Just masukkan saja MyKad, dan terus cetak. Sekejap sangat siap, dalam 1@2 minit saja.
  • Dan ianya PERCUMA! 
BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum,
9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).
  •  Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.

Tips Bila Laporan CCRIS Tidak baik.

  1. Mula bayar pinjaman sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Sebagai contoh jika due date adalah 10hb bayar sebelum 10hb.
  2. Buat bayaran penuh akaun yang bermasaalah jika mampu dan untuk ASB terminate sahaja. Selepas menjelaskan bayaran penuh, sila update dengan bank yang berkenaan untuk di kemas kini.
  3. Walaupun pembayaran penuh sudah dijelaskan pihak bank hanya akan update setiap 10 haribulan dan CCRIS akan diupdate pada setiap 15 haribulan. Sebagai contoh jika pinjaman penuh dibuat pada 08.02.2014. Pada 15.03.2014 Laporan CCRIS akan dikemas kini dan rekod akaun itu akan dikeluarkan dari Laporan CCRIS. jika anda semak laporan pada 28.02.2014 atau sebelum 15.03.2014 akaun yang telah dijelaskan itu tetap ada dalam laporan.
  4. DIINGATKAN walaupun anda telah jelaskan segala tunggakan rekod masih sama yang anda perlu lakukan adalah teruskan membayar sebelum due date sehingga 12 bulan atau 6 bulan.

Tips LULUS pinjaman.

  1. Submit loan selepas 16hb sebab CCRIS dah UPDATE. Kalau masih tak update rujuk dengan bank yang anda buat pinjaman tu dan tunggu 16hb yang akan datang.
  2. Check DSR anda sebab kalau payment cantik tapi komitmen tinggi pun susah juga untuk loan diluluskan. nak check DSR boleh guna calculator bank islam ni sebaiknya bawah 50% baru senang nak lulus. Loan ASB pun dikira sebagai komitment ya.
  3. Pastikan tida rekod buruk dengan CCRIS atau CTOS.
  4. Pada Siapa cadang nak buat pinjaman tu boleh rujuk gambar kat bawah ya.. Sebagai panduan kamu, so bila tahu keadaan CCRIS kamu tak baik usaha untuk buat dia cantik baru apply loan or else gunakanlah alternatif lain.

Okay tu je la yang syma nak kongsi.. Harapannya kamu semua lebih peka dan tak ambil semua ni sambil lewa.. bila berhutang tu wajib bayar tau. Bila loan tak lulus tak perlulah nak menyalahkan orang lain, sebab yang berhutang tu kamu yang tak pandai bayar hutang tu pun kamu jadi janganlah nak menyalahkan pihak-pihak lain. Pada yang jadi penjamin atau bagi pinjam nama pada orang, nasihat Syma satu je... Jangan anggap mudah sebab in future if anything happen yang menanggungnya kita.. Fikir baik-baik ya :)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers