Thursday, April 17, 2014

Semuanya Tentang CCRIS

Asalamualaikum..

Terlebih dulu syma nak bagitahu apa yang Syma share ni adalah dari apa yang Syma baca dan pernah lalui. Sekarang Syma jelaskan pada siapa yang masih tak faham tentang report CCRIS.

CCRIS

CCRIS atau nama panjang dia Central Credit Reference Information System 
(Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) dikendali oleh Bank Negara. Pada siapa yang ada plan nak beli rumah atau buat pinjaman dengan bank seeloknya pergilah Bank Negara dan print CCRIS Report ni.. Sebab once kita apply loan tak kisah la Loan Rumah , Loan Kereta, ASB loan sekalipun no 1 bank akan rujuk adalah CCRIS. Jadi pada sesipa yang langsung tak ada rekod hutang ni peratus untuk loan lulus adalah 10% sahaje. Sebab bank tak dapat nak agak macam mana tabiat kamu bila membayar hutang.. Cubalah mohon dari institusi kewangan lain seperti AEON Credit sebab syarat AEON lebih longgar bagi peminjam yang tidak mempunyai rekod ni. Tapi diingatkan AEON interest agak tinggi tapi if compare Personal loan Aeon dengan CIMB interest CIMB lebih tinggi. jadi rajin-rajinlah ke laman web Imoney atau Ringgitplus untuk buat comparison.
Ini contoh CCRIS Report yang baik dan record bersih
(Sumber gambar dari GOOGLE)
Maksud payment cantik tu adalah bila due date dia 15 haribulan kamu bayar pada 1-14 hb kalau bayar pada 16-31hb tu dah kira ada 1 bulan tunggakkan dan akan keluar dekat CCRIS report dan kalaupun kita bayar ikut date TAPI kurang, tetap akan kira sebagai TUNGAKKAN contohnya monthly payment RM250 tapi kamu bayar RM240 so disebabkan kurangnya RM10 tu kamu dah buat report CCRIS kamu tak cantik.. if everymonth macam tu lagi la tak cantikkan lagi tak cantik kalau 25 bulan maintain bayar RM240 10x25=RM250 sedar tak sedar dah ada 2 bulan tunggakan kan.. Laporan CCRIS adalah menunjukkan laporan tabiat kita membayar hutang!

Tapi kalau Setakat ada angka 1 sebanyak 2 atau 3 kali tu bank tetap pertimbangkan ye la mana tahu gaji kamu keluar 25hb tapi due date loan 15hb kan.. Pihak bank tetap akan pertimbangkan  contoh boleh rujuk bawah :-

1 2 1 1 0 1 = Jangan try apply loan bank memang sangat susah nak approve
1 1 2 3 2 1 = Tak akan approve
0 0 1 0 1 0 = Still okey
0 0 1 1 0 0 = Paras2 idung

0 0 1 1 1 0 = Pasti CCRIS
0 0 0 0 0 0 = Excellence

 
Ini contoh CCRIS yang buruk dan memang sangat susah untuk Loan diluluskan
(sumber gambar dari GOOGLE)


Ini pula contoh CCRIS yang dalam tempoh pemulihan dan memerlukan lagi 6 bulan untuk record bersih tapi masih boleh try apply loan di AEON, Easy RHB, hong leong bank dan few banks yang check CCRIS for 6 months.
(sumber gambar dari GOOGLE)

 Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu tentang CCRIS

  1. Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah
  • Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
  • Hutang kad kredit.
  • Menjadi penjamin.
  • Semua permohonan pinjaman sama ada lulus atau tidak.
  • Boleh disemak setiap 3 bulan.
    2. Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.
  • Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
   BNMLINK
   Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
   Tingkat Bawah, Blok D
   Bank Negara Malaysia
   Jalan Dato’ Onn
   50480 Kuala Lumpur


  • Just masukkan saja MyKad, dan terus cetak. Sekejap sangat siap, dalam 1@2 minit saja.
  • Dan ianya PERCUMA! 
BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum,
9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).
  •  Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.

Tips Bila Laporan CCRIS Tidak baik.

  1. Mula bayar pinjaman sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Sebagai contoh jika due date adalah 10hb bayar sebelum 10hb.
  2. Buat bayaran penuh akaun yang bermasaalah jika mampu dan untuk ASB terminate sahaja. Selepas menjelaskan bayaran penuh, sila update dengan bank yang berkenaan untuk di kemas kini.
  3. Walaupun pembayaran penuh sudah dijelaskan pihak bank hanya akan update setiap 10 haribulan dan CCRIS akan diupdate pada setiap 15 haribulan. Sebagai contoh jika pinjaman penuh dibuat pada 08.02.2014. Pada 15.03.2014 Laporan CCRIS akan dikemas kini dan rekod akaun itu akan dikeluarkan dari Laporan CCRIS. jika anda semak laporan pada 28.02.2014 atau sebelum 15.03.2014 akaun yang telah dijelaskan itu tetap ada dalam laporan.
  4. DIINGATKAN walaupun anda telah jelaskan segala tunggakan rekod masih sama yang anda perlu lakukan adalah teruskan membayar sebelum due date sehingga 12 bulan atau 6 bulan.

Tips LULUS pinjaman.

  1. Submit loan selepas 16hb sebab CCRIS dah UPDATE. Kalau masih tak update rujuk dengan bank yang anda buat pinjaman tu dan tunggu 16hb yang akan datang.
  2. Check DSR anda sebab kalau payment cantik tapi komitmen tinggi pun susah juga untuk loan diluluskan. nak check DSR boleh guna calculator bank islam ni sebaiknya bawah 50% baru senang nak lulus. Loan ASB pun dikira sebagai komitment ya.
  3. Pastikan tida rekod buruk dengan CCRIS atau CTOS.
  4. Pada Siapa cadang nak buat pinjaman tu boleh rujuk gambar kat bawah ya.. Sebagai panduan kamu, so bila tahu keadaan CCRIS kamu tak baik usaha untuk buat dia cantik baru apply loan or else gunakanlah alternatif lain.

Okay tu je la yang syma nak kongsi.. Harapannya kamu semua lebih peka dan tak ambil semua ni sambil lewa.. bila berhutang tu wajib bayar tau. Bila loan tak lulus tak perlulah nak menyalahkan orang lain, sebab yang berhutang tu kamu yang tak pandai bayar hutang tu pun kamu jadi janganlah nak menyalahkan pihak-pihak lain. Pada yang jadi penjamin atau bagi pinjam nama pada orang, nasihat Syma satu je... Jangan anggap mudah sebab in future if anything happen yang menanggungnya kita.. Fikir baik-baik ya :)

95 comments:

  1. Thanks tulis pasal credit score dekat Malaysia ni. Senang sikit nak faham. Memang curious pun pasal CCRIS ni sebab baru-baru pernah apply personal loan dekat http://www.imoney.my/personal-loan/aeon/ tapi tak approve sebab katanya rekod dekat CCRIS ada terlambat bayar. Bila check-check baru tahu... Sejak dah tau cara nak check credit report semangat bayar bil on time semua, senang sikit nak apply loan + dapat interest rendah :P

    ReplyDelete
  2. Thx! Very informative

    ReplyDelete
  3. Camana kalau pernah reschedule loan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk reschedule lepas satu tahun CCRIS akan clear tapi cuba check CTOS sebab selalunya untuk loan yang tak berbayar lebih 4 bulan akan masuk CTOS even dah reschedule loan tu.. if dah check CTOS dan akaun tu keluar dalam CTOS report cuba pergi bank berkenaan dan minta pihat bank arahkan CTOS untuk clearkan nama, to be honest ini semua atas budi bicara pihak bank.. dan selagi akaun loan tu tertera dalam CTOS segala permohonan pinjaman baru akan ada effect..

      Delete
    2. yes btol tu... dalam ccris clear.. tp ctos tetap ade.. sbb kalo dlm ctos hilang takut cust try apply dengan institusi kewangan yang lain. js ctos xkan hilang slagi load x clear..
      ini ikut pengalaman sy la bekerja di bank rakyat. rmai buat reschedule.

      Delete
    3. CTOS ni bagi saya agak jahat. Walaupun dah full settle, tapi rekod akan tetap ada utk 2 tahun, saya mengalami nya sendiri. Pastu hutang kat kedai motor yg apply CTOS, tu pun satu jugak.

      Delete
  4. Kalau pernah kena CCRIS tp dah fully settlement bulan lps, rasa buat loan kereta lepas ke? Kena CCRIS sbb hutang ASB Loan dlm RM830++

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau apply lepas 16.7 inshaAllah lepas..

      Delete
    2. Saya ade buat asb tahun lepas bulan 5. Lepastu saya kuar kan dividen semuanye. Dari bulan 1 sampai bulan 9 nie. Asb tu masih aktif ke tak ?agaran saya kena penalty ccris nie berapa ye ? Dari bulan 1 sampai 9 please help me

      Delete
    3. hi nk tnye..ade tertunggak AsB loan.dalam 877 tp dah buat full settlement 30hb tempoh hari..mintak release letter pihak RHB ckp kalau nk buat loan just bagi resit full settlement tu shj..boleh lepas ke loan?

      Delete
  5. Hi, saye ade CCRIS dgn RHB Bank.. tapi, saye dah misplace surat CCRIS tu, so, boleh tak saye direct pergi ke RHB and ask them to check n settlekan all the outstanding amount on that time? after full settlement, definitely akan dapat released letter dari bank, betul? so, persoalannya utk dapatkan rekod yg cantik semula, saye kena tunggu within 6 mths atau dari tarikh saye terima released letter tu? thnks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Leen,

      Boleh, tapi kalau ada online banking dengan RHB cik boleh semak online berapa jumlah baki hutang dan berapa perlu bayar jika kita buar early settlement.. Selalunya selepas satu bulan maklumat akaun berkenaan akan dikeluarkan dari CCRIS.. Jika Leen buat early settlement sebelum 10hb CCRIS report akan diupdate pada 16hb pada bulan berikutnya.. untuk kepastian Leen boleh semak CCRIS report di bank negara.. untuk pohon pinjaman di bank selain RHB x perlu tunggu sampai 6 bulan cukup 1 bulan selepas 16hb da boleh apply loan baru... sebab maklumat akaun tu dah dikeluarkan so segala rekod buruk pembayaran dah tak ada..

      Delete
  6. salam.. saya baru cek ccris.. saya tak perasan ada tunggakan kat aeon kredit sebab dah lama x pakai. ccris dah jadi 10...haha.. camne nak buat ye.. saya dah setelkan tunggakan tu

    ReplyDelete
  7. Salam..sy dh buat full settlement loan cimb islamic pd bulan feb'15..sy try submit loan rumah bulan ni dan dberitahu loan x lps sbb ader ccris loan cimb ni..knp masih ader lg since sy dh bt full settlement pd bulan 2?..biler kol cimb baru2 ni diorg ckp dh submit bnm tggu reply diorg..ader x aper2 cara utk sy follow up dn clear dr ccris ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi je bank Negara, bawa surat released letter tu then print CCRIS report. Ada tak puashati, buat je laporan terus kat meja2 bank Negara kat situ. Diaorg agak membantu jugak la.

      Delete
  8. salam , nak tanya ,apa maksud jaminan kewangan yd ade kat jenis cgara? tak paham sgt la.. tq membantu..☺

    ReplyDelete
  9. Hi Syma,

    saya nk apply loan rumah. rekod CCRIS clear tapi baru apply kad kredit. kad kredit tak diaktifkan lagi tp dalam report ccris tu keluar permohonan kad kredit telah diluluskan dan jumlah had kad kredit. adakah jumlah had kad kredit tu akan dikira sebagai komitmen?

    terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Hai sy nk tnye la, if x pernah ade ape2 loan, mmg record kite xde dlm CCRIS ke? Mmg ssh utk apply personal loan ea? Ade x bank yg blh bg loan?

    ReplyDelete
  11. Hi syima. Baru2 ni saya ada apply loan kereta tapi difahamkan x lepas sbb ccris personal loan and kereta lama. Kesemuanya dibuat dengan bank yg berbeza. Saya cuma nak fahamkan kat sini if saya nak settlekan hutang piutang tersebut sebelum 10hb ni, adakah ccris saya akan bersih? Dan bila seeloknya saya nak reapply? Sorry syima. Saya x berapa pandai.

    ReplyDelete
  12. Saya ade loan yang tertunggak lebih dari setahun,loan sy sbanyak 10k,dan sekarang akaun sy di bank bkenaan dah tak aktif,bolehkah saya mengaktifkan akaun bank saya utk reschedule bayaran loan semula..? Dan pasti nama saya sudah berada dalam ctos kan..?

    ReplyDelete
  13. saya kena special attention account. loan tk lepas. bila cek ada terlebih bayar kad credit. dah setahun dan baru tau bila nk apply loan baru ni.

    Bank ada call bulan 12 taun lepas kata ada lebihan bayar tapi tk mention kena ccris kalu tk ambik lebihan duit.

    soklan.. bole ke Bank buat gitu kat saya pasal terlebih bayar. surat sekeping pun takde remind

    ReplyDelete
  14. Saya telah bayar tunggakkan hutang kad kredit saya , baru baru ini dalam laporan ccris tiada rekod lagi tetapi pihak bank masih menuntut bayaran dari saya, jikalau tiada rekod dalam ccris adakah ini bermakna hutang itu telah selesai? Bagaimana hendak confirm yg hutang saya telah selesai selain dr dapatkan laporan ccris? saya telah bayar lebih dr 6 tahun dulu dan tidak lagi menyimpan resit pembayaran ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya hutang tu memang dah selesai lebih lagi jika tiada sebarang rekod berkenaan pinjaman dalam rekod CCRIS... Apa yang boleh saya nasihatkan pada tuan, sila call bank untuk kepastian, dan dapatkan surat tentang full settlement tentang pinjaman tersebut... sebab kadang yang call tu debit collector sahaja...

      Delete
    2. Saya ada ccris sbb credit card tapi da buat full settlement bulan october. Minggu lepas ada aply utk loan rumah, tp bank dah reject sbb ada ccris. mungkin dsbbkan nama sy x clear lg kat bank negara ke ccris ni? atau pon sbb ASB sy yg byr lambat setiap bulan sbb gaji sy lambat dari due date ASB tu.. boleh bg penerangan x? terima kasih

      Delete
  15. sy bru dpt surat full settlement dr bank....(rhb) teya?

    ReplyDelete
  16. sy bru wat full settelement pd 23/10/15(loan eady rhb) ,tetapi sy masih ada byaran tertungguk dgn aeon n akan settle monthly payment isnin ni? layak ke sy bt pemohonan bru pasni?

    ReplyDelete
  17. Saya dah buat full settlement utk credit card last month and ada apply utk housing loan dalam 19hb Nov (minggu lepas) tp bank da reject sebab ccris. adakah sbb nama sy masih x clear dekat bank negara? and sy ada jugak ASB yg still byr every month cuma tak ikot due date sbb gaji lambat dari due date ASB tu. mungkin ccris ni dari ASB ke?

    ReplyDelete
  18. Saya nak apply loan tp tak lepas..katanya ade problem di BNM..Sy xtau problem apa samada CTOS @ CCRIS..Di ikutkan saya mmg xpernah apply apa2 loan sblm ni..Kredit Kad pn xpkai..Loan kereta byr on time..jikalau sy ke BNM check..adakah sy boleh dpt tau sy pnye data problem pd bank apa dan jika saya nak apply loan adakah akan lepas.. _MFG_

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada masalah macam anda.. saya punya loan x lepas tapi tak tau kenapa..cek kat bank negara semuanya OK, tapi saya ada jadi penjamin. dan penjamin lewat bayar sebulan. saya mula terfikir mungkin disebabkan enjamin sebab kat artikel diatas ada menyebut penjamin antara punca loan tidak lulus.

      Delete
    2. Ptptn.. Saya dah kena...

      Delete
    3. hahaha.. saya sama seperti Unknown. CCRIS sbb PTPTN. bulan ni saya settlekan tunggakan. Paling2 cepat bila saya boleh buat loan?

      Delete
  19. Sy da selesaikan semua full payment. Kat ctos name sy clear. Bile check kt ccris, ada tulis special attention account tapi total amount 10. Tarikh dr desimber 2010 hingga 2011. Sy sndiri pun xtahu pinjaman apa tu tp total tu 0. Sy check dlm 2 hari lepas. Kalau total 0 means tiada hutang tp kenapa ada dlm list special attention account ya.

    ReplyDelete
  20. Saya ccris nk nk apply loan kete sangkot..mcm mana nk buat bayaran

    ReplyDelete
  21. sya ada masalah jugak apply loan... asb bayar ON TIME tapi saya pernah jadi penjamin..n orang yang saya jamin tu tertunggak satu bulan jadi loan saya apply x lulus.. boleh terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya kita jadi penjamin, dan si penghutang tak bayar tepat pada masa atau ada tunggakan secara automatiknya nama kita juga akan ada masalah dalam CCRIS sebab penjamin bertanggungjawab untuk memastikan si penghutang bayar on time dan tiada tungakkan...

      Delete
    2. Now, PTPTN lak. Kena clear betul2 dgn PTPTN berapa kena bayar bulan2. Ada kawan kat office, bayar ikut suka duka dia, amount kurang dari yg sepatutnya, last2 CCRIS kular 3 digit due. paling tinggi 123 atau 10 tahun 3 bulan.

      Delete
  22. Saya xpnh buat apa2 loan...tp bank susah nk bg pinjaman...mcm mana ya...blh bg cadangan x

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba apply asb loan dan bayar secara teratur selama 6 bulan... inshaAllah loan mudah approved sekiranya layak...

      Delete
  23. kalau rekod 000010 agak2 boleh lepas ke personal loan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah lepas kalau komitment anda masih okay tapi kalau kadar komitment anda tinggi agak susah juga loan nak approve walaupun laporan CCRIS anda 000000

      Delete
  24. SALAM..
    saya nak tanya adakah jumlah amaun dalam ccris dengan baki yang ada pada akaun bank yang nak disetelkan tu sama?
    sebabnya saya nak buat overlap untuk bank yang satu ni..tapi saya xtaw jumlah baki yang ada sebab xdak penyata akaun yang dihantar ke alamat saya..bila saya nak buat overlap bank ni kata boleh cek secara ccris la...tapi bila saya kol bank yang saya berhutang tu jumlah dia x sama dengan jumlah di ccris kan...saya mcm xpaham..adakah maun ccris ni mmg betul tepat atau sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Jumlah dalam laporan CCRIS dan bank adalah berbeza, sebab Baki dalam laporan CCRIS adalah jumlah tanpa keuntungan atau interest dari pihak bank jadi kalau nak buat full settlement atau overlap sebaiknya dapatkan statement dari bank yang kita pinjam tu..

      Delete
  25. salam..saya nak tanya dlm maklumat ccris ada kredit belum jelas, akauan di bawah pemerhatian khas and ade lg stu item " permohonan untuk kredit"...permohonan untuk kredit tu ape ye..tak paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya record kat bnm '999' . tapi xde tunjuk special attention account sbb aku buat surat mohon bayaran secara ansuran selepas kereta kena tarik dan dilelong. Buat masa ni xpernah apply pinjaman tapi nak naikkan had kad kredit gagal.huhuhuhhu

      Delete
  26. Salam..
    Sy ada bad record bnm berkenaan loan asb,jd sy terminate/close account asb pd 7apr2016...bilakah rekod ccris akan clear?dan time bila sesuai utk apply loan kereta...

    ReplyDelete
  27. Salam..
    Saya saya nak tanya...saya ada pinjaman asb tapi saya xpernah bayar coz pinjaman ini saya di paksa buat oleh staff bank coz supaya pinjamam personal loan saya lulus... dan persoanal loan saya lulus dan potongan melalui auto debit dan dah bayar separuh dari pinjaman saya.. tapi dalam report saya pinjaman asb saya just kosong xda tanda apa2 tidak seperti pinjaman personal saya 00000000..... so skg pertanyaan saya ada kah saya ctos or ccris...tq

    ReplyDelete
  28. jaga2 dgn ujrah ptptn.

    officer bank cakap kalu buat ujrah, loan susah nak lepas sebab ada remark "T" dlm ccris report. ianya bermaksud reschedule pinjaman, ccris scoring keluar Z2 kalau tidak silap.

    boleh sapa2 komen betui ke dah buat ujrah susah nak lepas kalu buat loan in future?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Aku dah kena. Cilakak betul. Sblm ujrah dah bayar ribu2. Then dah buat potongan gaji start 7 bln lps... now x boleh buat loan sbb isu T ni.

      Delete
  29. Kalau rekod ccris 0000122121 mcm mana ye??boleh apply ke??sebab baru2 ni ada buat full settlement dengan aeon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lepas,

      cukup jika 0012100 pun tak akan lepas. jika buat full settlement akaun yang bermasaalah tu cuba apply loan baru selepas 1 bulan.. untuk kepastian check CCRIS sebelum apply loan.. jika tiada sebarang maklumat pun susah juga loan approved.

      Delete
    2. Nak tanya sis..suami saya ada masalah ccris pasal ptptn..so dia tahu confirm loan rumah tak lepas...than dia pergi ptptn kaunter tanya hal ni..suami ada dua akaun ptptn ..satu tu dia aettlekan guna kwsp yg lagi satu dia buat rescheduling,so pihak ptptn cakap bayar cantik 6 bulan lepas tu u boleh apply loan..kami pun bajet dan bayar cantik 6 bulan..after 6 mth,bawala dokumen pergi bank nak buat loan rumah tapi tak l3pas sebba bank cakap ada ccris dan bank ckp klu u dah buat resheduling mmng u kena habis bayar..baru boleh apply loan.

      Delete
  30. Salam. Sy nk bertanya, kalo loan government die amik kira ccris n ctos x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      jika loan dengan goverment seperti loan rumah dengan LPPSA atau koperasi diorang tak check CCRIS dan CTOS hanya komitmen dalam slip gaji sahaja.

      Delete
  31. xde cara cpt ke na clearkan nama kt ccris? pasal RM 10.06 sen pon kantoi

    ReplyDelete
  32. SALAM....SYA NAK TNYA NAMA SYA AD MASOK CCRIS TAPI SYA DAH CLEAR PADA 1HB KLU SYA MASOK LOAN 16HB NAMA SYA DH CLEAR KA...
    REPLY

    ReplyDelete
  33. Asalam saya bekerja di bwh goment.Mula bekerja ditolaf epf socso dari umur 18 tahun dan pada ketika itu komitmen saya hanya kereta sehinggalah sekarang tahun 2016 kerana kereta ikat 9 tahun gji dahulu rendah itu yg tak lepas 7 tahun pon.Masalah utama saya skrg adalah pada bulan ini saya baru sahaja setelkan tunggakan bayaran kereta sebelom sebelom nya kerana berniat utk membuat personal loan untuk penambah baikan loan umah yg ibgib di submit hujunv tahun ini.malangnya ketika saya submit loan di rhb,mereka mnyuruh saya cek rekod ccris saya di bank negara kerana ada kod dari cceis..Untuk oengetahuan cik/encik ini adalah satu2 nya komitmen saya yg tggl 3,4 tahun bayaran lagi..dan telah pun saya langsaikan segala tunggakan ia..Pertanyaan saya,masih adakah peluang utk saya pstikan loan saya lulus?terima kasih-Ingin Tahu

    ReplyDelete
  34. Hai, sya da try submit loan utk kereta . Tp susah btul na lpas. 2013 i ad buat asb 10k.
    5k cimb 5k lg rhb easy.utk rhb i takde mslh pyment. Cimb tu buat disebbkn utk tolong kwn. Tp lepas setahun,dia lgsung ta bayar lps dpt dividen . Kira skrg ni da 3 tahun ta byr asb cimb tu .. Mngkin sbb loan kete ta lpas disebbkn ni . Adkh sya CCRIS ? Buntu sgt . Na dpt kete punya la susah , sdgkn gji sya da oky if nak submit loan kereta . Tolong sis . Buntuu sgt ���� and sya baru 24 tahun .

    ReplyDelete
  35. Klu rumah kita dah dilelong apa kan status kita ccris atau ctos? Sbb sy masih boleh gunakan kad atm sy dan buka akaun bank...

    ReplyDelete
  36. Saya nk tumpang tanya, kalau kita jadi guarantor tuk car loan, akan termasuk dalam komitment kita tuk loan rumah tak? Terima kasih.

    ReplyDelete
  37. Saya nk tumpang tanya, klau saya jd guarantor tuk car loan, akan termasuk jugak ke,dlm komitmen saya tuk loan rumah?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum. nak tnya, kalau sy dah setelkan tunggakan ptptn bulan lepas dan akan meneruskan lagi bayaran pinjaman. Berapa lama sy kena tunggu untuk lulus pinjaman?

    ReplyDelete
  39. Salam syma...nak tanya, kalau ptptn dh settle tunggakan, n skrg bayar on time, berapa lama masa untuk nama clear dr ccris?. Tq for fast respon

    ReplyDelete
  40. Salam puan hasymmah,

    Saya nak tumpang tanya, sy ada ccriss di 3 tempat
    1) ASB loan maybank
    2) Kereta bank islam
    3) PTPTN

    Saya baru sahaja settlekan semua tunggakkan 1 &2 pada hari ini 4/7/2016
    Dan utk ptptn, saya bayar pkai akaun kwsp ke 2. Dan mengambil masa utk duit di kreditkan ke ptptn selama 21 hari. Dijangka selewat2nya hujung bulan ni settle.
    Persoalan sy adalah jika semua ni settle by end of this month,
    1) Bilakah sy boleh check updated ccris sy?
    2) Layakkah sy buat pinjaman personel loan di bank lain slain b. Islam dan maybank?
    3) Bolehkah sy buat pinjaman pada bulan ogos 2016?

    ReplyDelete
  41. Assalam, info yg sangat membantu. Satu soalan. Saya ada buat JV loan rumah dengan ayah berjumlah 500K, bayaran bulanan dlm rm2500 sebulan. kommitment bulanan saya dikira Rm 2500 atau Rm 1250? mcm mana banker consider?

    ReplyDelete
  42. Assalam, good sharing. Saya ada satu soalan. saya ada buat JV loan rumah dgn ayah bernilai 500K,dan loan tersebut ada dlm CCRIS rekoad saya. bayaran bulanan dlm RM 2500 sebulan. utk saya memohon loan untuk rumah kedua, mcm mana banker akan consider komitmen saya, rm 2500 atau rm 1250?
    separuh ke full komitmen?

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  45. salam sy nk bertanya adakah ar rahnu pun termasuk dlm ccris?

    ReplyDelete
  46. Salam.. nak tanya sekiranya asb dibatalkan, adakah list komitmen tersebut dibatalkan serta merta dalam rekod ccris? adakah nak kene tggu 100% cancellation dr pihak bank baru list akan remove dr CCRIS?

    ReplyDelete
  47. hi nak tanya... kalau 00003000 agak boleh lepas tak loan?

    ReplyDelete
  48. Salam..nk tny..sy ada bt permohonan agrobank..dlm ccris sume 0..kat public bank pula ada 000111..puncanya biro lambat bayar pada public bank..due 1haribulan..tapi biro bayar pd public lepas 16haribulan..ada kemungkinan tak loan agro sy lulus?

    ReplyDelete
  49. Klu sy dpt surat full settlement 10k dr rhb easy sbb 4 bln tertunggak,mcm mana ye?sy x mmpu nak byr full settlement dan sy penah reschedule..ape yg perlu sy buat?

    ReplyDelete
  50. Sy terima surat dr rhb sebab tunggakan 4 bln..dan bank mengarahkan sy buat full settlement..tp malangnya sy x mmpu nak buat full settlement tu sbnyk 10k..sy jga pernah reschedule byran..dan acc sy dgn rhb sudah diterminate..ape yg harus sy lakukan dan apakah kesannye..

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum syma. Klau dh settle tunggakan ptptn, sy still kna tggu 6 bln jgk ke u nama clear u apply personal loan?

    ReplyDelete
  52. nak tnya jugak..somi sy nama dh kt ccris.. n dah kol rhb kl.. nk Thu total jumlah kna byr. Yg tertunggak tu...then after 1 bln..nma clear..ktanya.. tp adkh somi kna cek kt ctos jugk? Takut nk buat loan lps ni xlpas..

    ReplyDelete
  53. nak tnya jugak..somi sy nama dh kt ccris.. n dah kol rhb kl.. nk Thu total jumlah kna byr. Yg tertunggak tu...then after 1 bln..nma clear..ktanya.. tp adkh somi kna cek kt ctos jugk? Takut nk buat loan lps ni xlpas..

    ReplyDelete
  54. Cik nak tanya.sy ada buat personal loan under rhb easy pd bulan 6.tp utk bayaran bulan 7 dan 8 sy telah lewat bayar.sehari selepas due date.akan ada masalah ke sekiranya sy nak bt loan lg??

    ReplyDelete
  55. SALAM...saya nak tanya,awl bln 9 ade apply loan nak beli kete baru,tp xlulus sb granto blacklist...salesman submit 2 bank pun xlls...pas2 sy cb lak nak buat personal loan sb nak beli kete 2nd jela...tp pengawai bank ckp xleh proceed sb prnh try buat 2 loan awl td,and nm ade dlm ccris...kn tgu sstm ccris pdm nm br leh try submit..jd soalan sy,agk2 brp lm ye ccris pdm nm sy tu..

    ReplyDelete
  56. saya ada loan rumah dan asb.. asb loan saya da byar full setahun tapi bila saya nak apply loan lain kene reject knp yer? fyi gaji saya masih cukup untuk buat pinjaman

    ReplyDelete
  57. bank apa yg check CCRIS 6bln shaja ya?

    ReplyDelete
  58. assalammualaikum.. kak Hasymmah.. sy nak tanya.. sy ada tertunggak PTPTN *sbg contoh RM4k. tp sy telah pon membayar kesemua tertuggak dan lebih *contoh RM6k. so sy bayar lebih 2k dari schedule ptptn. dan sy telah mula mmbuat bayaran secara consistent pd stiap bulan.. adakah akan mmberi kesan buruk dlm ccris disebabkan terlebih bayar dr schedule yg telah ditetapkan ptptn? Thanks

    ReplyDelete
  59. Salam cik nak tanya ccris saya rekod dia mcm ni 00021112221 perlu ke saya tgu lagi 3 bulan untuk dapat kan rekod baik 6 bulan baru apply loan?

    ReplyDelete
  60. Contoh kita ada tunggakan asb dua bulan. jumlah rm380. dah kena ccris ni. so. kalau nak setel. kita kena setel jumlah tu saja kan? bukan jumlah loan yg kita pinjam tu kan?

    ReplyDelete
  61. Hai nak tnya sapa yg ada pengalaman apply laon peribadi dekat easy rhb ni..hari rabu minggu lepas..mula-mula nak apply dorang cek ic kita kan..so dah dorang cek tuh pekerja rhb cakap hsbnd saya ada ccris..hairan juga..dah terkejut tuh teruslah pi bank negara hari rabu tuh jugak..dah cek dah semua okey jer xda pon ccris..cuma kita orang belum bayar lagi bil rumah dan loan bank rakyat blum ada kena tolak dari akaun bank lagi utk bulan oktober..masa hari rabu tuh lah juga saya dan hsbnd cepat-cepat buat pmbyrn kereta juga..mnggu lepas juga saya bayar rumah sekali..so saya nak tnyalah..bank rakyat belum update kah sampai dalam sistem dorang ada ccris tuh yg hairan sangat tuh..

    ReplyDelete
  62. Nak tnya ni siapa yg tahu ya...dlm sistem easy rhb ni ..dorang cek ada ccris tpi bila pergi bank negara takda pulak cuma belum bayar kereta rumah dan loan prbdi je...tpi direct je haritu saya bayar..kitaorang byr minggu lepas hari rabu..submit loan hari jumaat petang..baru tdi dpt result..katanya ada ccris masih..dah sattle semua dahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. syafiqah,
      bila kita dah bayar tunggakan nama tetap CCRIS apa yang awak boleh buat awak konsisten bayar selama setahun atau buat bayaran penuh jika mampu, atau bayar secara konsisten selama 6 bulan dan cuba apply lagi..CCRIS dia bukan blacklist kita tapi kalau kita kejap bayar hutang kejap x bayar tu yang CCRIS kita akan buruk dan lagi buruk kalau banyak no 1, 2 dan seterusnya kalau nak tahu report tu cantik dan senang lulus kenalah ada banyak 0 0 0 0

      Delete
  63. Sekarang semua dah pakai ctos score.Scoring dari 0-800++
    So saya rasa bank akan menilai melalui ctos score nie.
    High mark akan mudahkan segala pinjaman.

    ReplyDelete
  64. Saya dah buat fullsettelment untuk pinjaman kereta adakah selepas sebulan rekod ccris saya masih tersimpan atau dipadamkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila check CCRIS report.. CCRIS report akan diupdate pihak bank pada bank negara ialah 10hb dan latest CCRIS report kita boleh semak pada 16hb.

      Delete
  65. Salam puan, saya nak tanya, kalau CTOS score saya 615, layak x saya buat personal loan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. saya tak sure tentang CTOS score tapi kalau puan ada lewat2 bayar loan2 sebelum ni atau kurangkan jumlah bayaran puan perlu check juga CCRIS puan... sama ada record cantik atau tidak dan juga berapa persen komitmen bulana puan dari gaji puan jika sedah 50% peratus untuk loan baru diluluskan adalah tipis

      Delete
  66. As salam. Sy nk tanya. Sy nk buat loan rumah dgn hanya 70% loan dan mggunakan cash sbyk 30% dari harga rumah. Ccris sy ok, tp sy ada isu dgn aeon credit dan telah mbuat laporan polis atas penyalahgunaan maklumat peribadi sy dan mereka dah masukkan nama dlm ctos. Rasanye boleh lepas x loan sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...

      untuk isu CTOS puan kena berunding dengan pihak CTOS untuk jalan penyelesaian ataupun berunding dengan pihak aeon credit sendiri ini kerana selagi nama puan masih dalam record CTOS agak sukar pinjaman baru diluluskan. jika CTOS bawah 30k puan boleh berunding dengan pegawai bank berkenaan.

      Delete